KEDATANGAN Agama Islam ke Tanah Melayu membawa bersama seni dan kebudayaan Arab yang menarik hati masyarakat Islam, khusunya pada keindahan lagu-lagu Arab yang didengar dan diterima melalui bacaan Al-Quran dan alunan bacaan qasidah.
Justeru, Ghazal Party Ishaqiah (GPI) adalah warisan yang masih lagi terpelihara sehingga kini. Ini juga merupakan satu kesinambungan kepada usaha kumpulan yang dikenali sebagai Ghazal Party Kepala Batas yang masyhur pada suatu ketika dahulu khususnya dalam tahun 50’an dan 60’an.
Pengasas kepada GPI ini, YBhg. Dato’ Ghazi Sheikh Ramli berhasrat agar warisan ini dapat diberi nafas baru dan dapat dihidupkan kembali serta menjadi kekal sehingga ke akhirnya. Usaha ini bukan hanya bermimpi di siang hari atau angan-angan kosong, Ghazal Party Ishaqiah telah pun mengorak langkah satu demi satu dalam usaha memartabatkan budaya warisan bangsa dengan membuat beberapa persembahan sekitar ibu Negara.
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
You must be logged in to post a comment.